5 Tips Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur-sayuran

5 Tips Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur-sayuran

5 Tips Untuk Menggalakkan Anak Makan Sayur-sayuran

  1. Masukkan sayuran kisar di dalam makanan kesukaan anak-anak.
    Kisar sayur-sayuran bersama daging dan jadikannya inti kepada dumpling, roti atau pai, supayamereka dapat makan tanpamenyedari kehadiran sayur-sayuran. . Sayur-sayuran juga boleh dilenyek dan dicampur bersama tepung untuk membuat pastri, ditambah yogurt atau dicampurkan dengan jus buah-buahan – yang paling penting pilihlah menu yang menarik perhatian anak-anak.
  2. Menjadi pencerita yang kreatif
    Kanak-kanak sangatsuka mendengar cerita. Ibu bapa boleh jadi watak atau bercerita kisah di sebalik setiap menu dan biarkan anak-anak menjadi protagonis, seperti kisah Popeye the Sailorman yang mendapat kuasa apabila makan bayam atau kisah Bugs Bunny yang selalu kelihatan sedang mengunyah lobak merah. Kisah-kisah yang menyeronokkan ini pasti dapat memupuk minat kanak-kanak terhadap sayur-sayuran.
  3. Sayuran sebagai snek ringan
    Lobak merah, timun, lada benggala atau sayur-sayuran lain boleh disediakan dengan potongan memanjang agar memudahkan anak-anak makan dengan tangan. Ini pasti menggalakkan mereka memilih makanan sihat kerana potongan memanjang sayuran berwarna-warni dan ranggup ini pasti menarik untuk dikunyah. Secara tidak langsung, ini membantu memupuk minat mereka terhadap sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, anda perlu menyediakan potongan sayur-sayuran dengan teliti dan halus agar anak-anak tidak tercekik ketika makan.
  4. Menggalakkan penglibatan
    Bawa anak-anak membeli-belah barangan dapur dan galakkan mereka memilih sendiri sayur-sayuran kesukaan mereka. Libatkan anak anda samada untuk mencuci sayur atau sebagainya semasa anda sedang menyediakan makanan. Galakkan anak-anak untuk berasa bangga apabila makan menu yang disediakan mereka sendiri.
  5. Kepimpinan melalui teladan
    Ibu bapa patut menjadi contoh terbaik kerana anak-anak selalunya memandang tinggi kepada anda. Jika anda tidak inginkan anak-anak cerewet dalam soal pemakanan, anda perlu selalu berkongsi dengan mereka khasiat makan sayur-sayuran. Tunjukkan kegembiraan semasa membeli sayur-sayuran dan makan apa sahaja yang terhidang di pinggang dengan senyuman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword