[ Apa yang patut ibu lakukan jika kedudukan bayi songsang? ]

[ Apa yang patut ibu lakukan jika kedudukan bayi songsang? ]

[ Apa yang patut ibu lakukan jika kedudukan bayi songsang? ]

[ Apa yang patut ibu lakukan jika kedudukan bayi songsang? ]

Antara jenis-jenis songsang

Extended breech/Frank breech: Kedua-dua kaki lurus dengan buku lali kaki berada di sebelah kepala bayi. Jika doktor membuat pemeriksaan jalan kelahiran dari bawah (vaginal examination) mereka akan dapat merasakan punggung bayi. Keadaan ini paling biasa berlaku (70%). Kadangkala ibu dibenarkan bersalin secara biasa bagi kedudukan ini (vaginal breech delivery).

Flexed breech/Complete breech: Kedua-dua kaki terlipat di sendi lutut dan bila diperiksa dari bawah kita dapat merasakan kedua-dua buku lali kaki dan punggung bayi. Kekerapan jenis ini cuma dalam 15% sahaja.

Footling breech: Apabila satu kaki terlipat di sendi lutut dan satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Melalui pemeriksaan dari bawah (vaginal examination) terdapatnya pergelangan kaki di pintu rahim/serviks. Jenis ini juga cuma 15% sahaja. Selalunya kedudukan bayi seperti ini memerlukan kaedah kelahiran secara pembedahan Caesarean kerana dikhuatiri tali pusat akan turun kebawah bersama air ketuban. Ini dipanggil ‘cord prolapse’ dan keadaan ini sangat merbahaya boleh mengancam nyawa bayi.

Apakah penyebab kehamilan songsang?

 Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Faktor ini yang biasanya ditemui. Bayi anda akan berpusing kepada kedudukan normal apabila sampai waktunya.
 Sejarah kandungan terdahulu yang songsang.
 Ketidaknormalan pada rahim seperti masalah fibroid ataupun terdapat pembahagian dinding rahim yang menghalang bayi daripada berpusing.
 Uri bawah ataupun Placenta Praevia Major yang menutupi pintu rahim, lalu menghalang kepala bayi daripada masuk ke ruang pelvis (engagement) dan menyebabkan bayi berpusing pada kedudukan songsang.
 Ketidaknormalan bada bayi, masalah pada pembentukan kepala bayi –anencephaly,
 Kehamilan kembar atau lebih daripada dua.
 Keadaan air ketuban yang terlalu banyak (polyhydramnnios) – bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak dan berpusing. Air ketuban yang terlalu sikit juga menyumbang kepada keadaan bayi songsang.
 Sudah mempunyai kehamilan yang banyak (multipara) – otot dinding rahim sudah elastik,memberikan banyak ruang pada bayi untuk bergerak dan berpusing.

Faktor-faktor TIDAK dibolehkan menjalani prosedur ECV:

Keadaan di mana pembedahan Caesarean perlu dilakukan
Pendarahan ketika mengandung dalam lingkungan 7 hari sebelum prosedur
Degupan jantung anak yang tidak normal
Kecacatan rahim
Air ketuban sudah pecah
Kandungan kembar (kecuali untuk melahirkan kembar kedua)

Kredit : petuaibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword