Bagaimana hendak memastikan bayi tidur sepanjang malam

Bagaimana hendak memastikan bayi tidur sepanjang malam

Bagaimana hendak memastikan bayi tidur sepanjang malam

[Bagaimana hendak memastikan bayi tidur sepanjang malam?]
🌸Buatlah sesi penyusuan pada waktu siang sosial dan ceria
Dan penyusuan pada waktu malam tenang dan sunyi. Dengan cara ini anda akan membantu bayi anda mengatur jam badannya supaya dia dapat membezakan antara siang dan malam.
🌸Beri dia peluang untuk terlena dengan sendiri
Anda boleh mulakan ini dari kira-kira enam hingga lapan minggu. Letakkan bayi di atas katilnya ketika dia mengantuk, tetapi masih belum terlelap. Sesetengah pakar menasihatkan supaya jangan membuaikan atau menyusukan bayi sehingga tidur, walaupun pada usia ini kerana dia akan menjadi biasa dengan amalan ini. Terpulanglah kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik.
🌸Tetapkan satu rutin tidur
Pastikan ianya ringkas dan mudah: mandi, lampin dan baju tidur, serta bercerita atau nyanyian. Habiskan ritual tidur dalam bilik tidur bayi anda. Adalah penting baginya mempelajari bahawa biliknya adalah suatu tempat yang selesa untuk dia berada.
🌸Berikannya objek kesayangan
Ini boleh jadi selimut atau patung haiwan lembut. Cara yang baik untuk membuat bayi sukakan selimut atau beruang teddynya ialah dengan anda berkepit dengan objek itu buat sementara waktu sehingga bau anda melekat padanya. Bayi mempunyai deria bau yang kuat, dan apabila dia terjaga secara mengejut nanti, bau ibunya akan menenangkannya.
🌸Biarkan dia menangis
Ini amat sesuai apabila bayi anda berusia empat atau lima bulan. Jika dia menangis selepas anda membaringkannya, pergilah dekatinya. Tepuk dia perlahan-lahan dan beritahu dia bahawa semuanya baik, tetapi sekarang ialah waktu untuk tidur. Berlemah lembutlah, tetapi tegas. Tinggalkan bilik. Tunggu untuk sesuatu tempoh, dari dua hingga lima minit, kemudian jenguknya lagi. Lakukan ini berulang kali sehingga dia tertidur, dengan memanjangkan masa antara setiap lawatan.
🌸Peluknya
Jika anda bercadang untuk tidur bersama bayi di katil anda, tenangkan dan buai-buaikannya dahulu sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya supaya dia bersedia untuk tidur. Baringlah bersama-sama dan peluklah dia, buat pura-pura tidur, dengan tegas memberitahunya bahawa itu waktu tidur.
🌸Kongsi peranan penenang
Suami anda boleh jadi rakan yang penting dalam hal ini, supaya anda berdua boleh membantu bayi tidur kembali. Sebaik saja bayi anda cukup besar untuk tidak diberi susu pada waktu malam, dia boleh membiasakan diri untuk ditenangkan oleh suami anda. Dia mungkin berhenti daripada memerlukan sesiapa pun apabila dia sedar bahawa dia tidak akan diberi susu!
🌸Peka kepada keperluan bayi anda
Pada siang hari, biar bayi merasa selamat dengan mendukungnya dalam kain anduh. Jika dia bangun malam, cuba pastikan apakah sebabnya. Adakah lampinnya basah kuyup, adakah pakaian malamnya selesa, adakah dia mendapat selesema?
Jika bayi anda masih bangun selepas anda meletakkannya tidur, ingatlah bahawa peringkat umurnya berkait rapat dengan berapa mudah dia berehat dengan selesa. Oleh itu anda mungkin perlu menyesuaikan diri mengikut peringkat pertumbuhannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword