[ Cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda ]

[ Cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda ]

[ Cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda ]

[ Cara memperkenalkan rempah kepada bayi anda ]

🧄 Seulas bawang putih atau sepotong kecil halia boleh diparut dan dimasukkan ke dalam hidangan seperti ayam yang disiat-siat atau dal ketika sedang dimasak .

🧄 Rempah serbuk seperti kunyit, jintan putih dan ketumbar boleh ditambah sedikit ke dalam kuah semasa memasak.

🧄 Sedikit biji-bijian seperti jintan manis dan biji sawi boleh ditumis dengan sesudu kecil minyak sapi sebagai perisa untuk dal, nasi dan sayur goreng.

🧄 Secubit serbuk kayu manis, buah pala atau serbuk buah pelaga boleh dimasukkan ke dalam mufin atau pencuci mulut dan manisan lain.

🧄 Herba segar seperti pudina dan daun ketumbar boleh digunakan sebagai bahan hiasan untuk hidangan sayur goreng, kari dan nasi.

Selepas anak anda berusia 18 bulan dan sekiranya dia tahan makan makanan berempah, rempah-rempah pedas boleh diperkenalkan. Tambahkan rempah seperti cili dan lada hitam dalam kuantiti yang sangat sedikit. Berhati-hati jika menggunakan cili hijau segar dan serbuk cili mentah. Lidah dan perut anak yang sensitif mungkin tidak dapat menerimanya. Anda boleh mengimbangkan rasa pedas cili dengan mencampurkan dadih ke dalam masakan itu.

Gunalah rempah daripada jenama yang dipercayai dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan kesihatan. Pastikan tidak menggunakan rempah yang sudah luput tarikhnya.

Kredit : theparentstory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword