Cara Merawat Peranakan Jatuh Secara Semulajadi

Cara Merawat Peranakan Jatuh Secara Semulajadi

Cara Merawat Peranakan Jatuh Secara Semulajadi

Apa itu Peranakan Jatuh?
Peranakan jatuh ini berlaku apabila apabila ligamen dan otot pada bahagian pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh menampung organ pada bahagian berkenaan sehingga menyebabkan rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing pula menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj.

Peringkat/Tahap Peranakan Jatuh
Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vagina
Tahap 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj
Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj
Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar

Punca Terjadi Peranakan Jatuh.
Antara punca-punca penyebab berlakunya peranakan jatuh adalah seperti :-

1) Kehamilan
2) Bersalin secara normal lebih-lebih lagi kelahiran menggunakan bantuan forsep/vacuum
3) Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4) Berusia
5) Menopaus dan putus haid
6) Menghidapi batuk kronik
7) Obesiti
8) Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
9) Sembelit kronik
10) Mengangkat bebanan yang berat
11) Jatuh terhentak dengan kuat
12) Keturunan
13) Menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

Simpton-Simpton dan Kesan Peranakan Jatuh.
1) Sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak lawas.
2) Sakit perut yang luar biasa dan rasa kejang pada bahagian bawah perut
3) Sembelit, rasa tidak puas buang air besar
4) Rasa sakit pada pinggang dan sengal di ari-ari
5) Berasa seperti ada sesuatu yang berat di celah alat sulitnya.
6) Terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri
7) Kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan dan kejatuhan usus besar pada bahagian belakang (peranakan jatuh peringkat ke-3)
8) Sakit ketika bersama suami
9) Sakit pada dinding faraj
10) Keluar cecair dari rahim dan keputihan/lendir putih yang banyak daripada biasa

Langkah-langkah Pencegahan : –
• Melakukan senaman pelvik tidak tertumpu kepada wanita berkahwin sahaja, tetapi bagus juga di praktikkan oleh wanita yang belum berkahwin. Ini bagi menguatkan otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
• Boleh memakai sut pelangsingan badan yang sesuai tetapi janganlah memakai korset yang amat ketat.
• Elakkan berdiri dalam tempoh terlalu lama.
• Jangan merokok
• Rancang kehamilan sebaiknya, elakkan mengandung pada jarak yang rapat antara satu-satu kelahiran.
• Amalkan pemakanan yang berserat tingggi bagi mengelakkan sembelit kronik. Elakkan daripada meneran di bilik air lebih 15 minit.

Cara Merawat Peranakan Jatuh.
Senaman Kegel iaitu kemut seperti menahan kencing

1. Untuk mengekalkan otot, letakkan satu tangan pada perut anda untuk memastikan perut anda menjadi lebih tenang.
2. Pastikan punggung dan otot perut anda santai. Sekiranya anda sedang berbaring, maka anda harus rata di belakang dengan tangan anda di sisi anda dan lutut anda dan bersama-sama.
3. Kemut otot pelvik anda selama 5 saat. Sekiranya 5 minit terlalu lama untuk anda, anda boleh mengemut selama 2-3 saat sahaja.
4. Lepaskan otot anda selama 10 saat. Sebaiknya, anda harus sentiasa merehatkan otot pelvik untuk 10 saat sebelum anda mengulangi semula latihan. Ini memberi masa yang cukup kepada otot untuk berehat dan untuk mengelakkan ketegangan. Kira hingga 10 sebelum anda memulakan ulangan seterusnya.
5. Ulang latihan 10 kali. Sekiranya anda bermula dengan mengemut otot-otot selama 5 saat, kemudian kemut selama lima saat, berehat selama sepuluh saat, dan ulangi latihan ini sepuluh kali. Ini sepatutnya cukup satu set Kegels untuk satu masa dan anda perlu melakukan set yang sama tidak melebihi 4 kali sehari.
6. Lakukan Pull-In Kegels. Ini adalah satu lagi variasi Kegel. Bayangkan otot pelvik anda sebagai vakum. Tegangkan punggung dan tarik kaki anda up dan in. Bertahan dengan kedudukan ini selama 5 saat dan kemudian lepaskannya. Lakukan ini 10 kali berturut-turut.

** Jika sakit belakang atau perut selepas anda melengkapkan satu set latihan Kegel, ini menunjukkan bahawa anda tidak melakukannya dengan betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword