[ Cara Yang Betul Mengambil Pil Perancang Menurut Doktor Pakar ]

[ Cara Yang Betul Mengambil Pil Perancang Menurut Doktor Pakar ]

[ Cara Yang Betul Mengambil Pil Perancang Menurut Doktor Pakar ]

[ Cara Yang Betul Mengambil Pil Perancang Menurut Doktor Pakar ]

3 cara untuk mula makan pil perancang

1. Cara cepat – Selepas temujanji dengan doktor, ambil pil pertama anda. Ambil pil ke-2 keesokan harinya. Dalam 7 hari pertama mula makan pil hormon, gunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.

2. Mula pada hari Ahad – Anda boleh memilih untuk mula makan pil hormon pada hari Ahad, supaya anda tak akan datang haid pada hujung minggu. Ini adalah alternatif bagus untuk ibu-ibu yang suka beriadah pada hujung minggu dengan keluarga. Sama seperti kaedah di atas, anda perlu menggunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.

3. Mula pada hari ke-5 – Pada hari ke-5 datang haid, ambil pil pertama anda.

📆Rutin untuk mengawal makan pil secara harian
Terdapat juga app seperti ini yang boleh mengingatkan ibu-ibu masa untuk mengambil pil perancang. Ambil pil hormon anda setiap hari dan pada masa yang sama. Ada aplikasi dalam telefon yang boleh memudahkan anda untuk mengatur rutin ini.

Jangan lupa muat turun!

Di sini kami sertakan beberapa petua supaya anda tidak lupa untuk mengambil pil dan terus mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang:

Pilih masa yang sesuai untuk mengambil pil setiap hari. Cara baik untuk sentiasa ingat ialah ambil pil selepas berus gigi, sarapan pagi, atau pun sebelum tidur.
Gunakan kalendar anda. Tanda hari anda akan mula makan pek baru. Tanda juga pada kalendar selepas anda telah ambil pil.
Semak lagi. Setiap pagi, periksa pek pil untuk memastikan anda betul-betul telah mengambil pil hormon anda semalam. Jika anda mendapati anda telah tertinggal satu, ambil pil itu dengan segera.
Jika ibu-ibu ada pertanyaan lain atau masih kurang pasti tentang cara yang betul tapi malu untuk tanya doktor, anda juga boleh tanya dengan jururawat yang bertugas.

Semoga perkongsian ini membantu!

Sumber rujukan: WebMD , Dr. Zubaidi, petuaibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword