JENIS BATUK YANG HARUS MOMMIES KETAHUI!!

JENIS BATUK YANG HARUS MOMMIES KETAHUI!!

JENIS BATUK YANG HARUS MOMMIES KETAHUI!!

‼️JENIS BATUK YANG HARUS MOMMIES KETAHUI!!👩‍👧‍👧

Batuk & selsema perkara biasa menyerang anak anak kecil ketika dibawah usia 2 tahun. Batuk selsema boleh jadi teruk dan berbahaya jika tidak dipantau dan diberikan rawatan segera.

Jom kenal pasti jenis-jenis batuk agar kita dapat memberikan langkah pencegahan awal sebelum ianya melarat.

#1 Bayi batuk seperti menyalak🌸
Jika batuk anak anda kedengaran seperti seekor anjing menyalak, dan anda lihat dia seperti sesak nafas, maka ia mungkin tanda-tanda batuk croup.

Croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anak anda mengalami selesema.

Pastikan anda beri si manja banyak air, dan batuk ini boleh baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik bawa anak anda ke klinik jika anda mengesyaki bahawa mereka mempunyai croup.

#2 Bayi batuk dengan kahak🌸
Jika bayi batuk berbunyi seperti ada banyak kahak, ia mungkin disebabkan oleh selesema. Seperti batuk croup, berikan anak anda minum banyak air untuk membantu melegakan batuknya.

Anda juga boleh mandikan mereka dengan air hangat untuk membuat mereka berasa lebih tenang dan membantu mengurangkan batuk.

Selsema biasanya akan berpanjangan selama 1-2 minggu, jadi jika anak mengalami selesema yang lebih lama, lebih baik bawa mereka jumpa dengan doktor.

#3 Bayi batuk kering waktu malam🌸

Jika anak anda batuk pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk, atau apabila anak anda melakukan apa-apa aktiviti fizikal, maka ia mungkin tanda-tanda asma.

Asma adalah suatu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi radang dan mengecil dan ia menghasilkan lendir yang berlebihan.

Jika anda mengesyaki penyakit asma, bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang betul.

#4 Bayi batuk dengan sengsara🌸
Jika anak anda mengalami batuk hingga serak suara, sakit otot, selesema, serta demam yang tinggi, ia mungkin boleh jadi tanda-tanda selesema influenza.

Influenza atau selesema, adalah penyakit virus yang memberi kesan pada sistem pernafasan.

Cara nak merawat selesema mudah saja – pastikan anak anda minum banyak air dan makan ibuprofen atau acetaminophen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword