Panduan Penjagaan di Awal Kehamilan

Panduan Penjagaan di  Awal Kehamilan

Panduan Penjagaan di Awal Kehamilan

  1. HINDARI AKTIVITI BERAT
    Di awal kehamilan, para ibu akan mengalami keadaan di mana mudah merasa penat, letih, lelah dan ada juga yang pitam/pengsan. Hal ini disebabkan oleh tekanan darah yang rendah. Oleh itu, hindari mengankat objek-objek atau barang yang berat.
  2. KENDALI EMOSI ANDA
    Emosi wanita mengandung akan menjadi tidak stabil. Kadang-kadang mudah terasa hati, mudah marah, sedih dan sebagainya. Cuba kendalikan emosi anda dengan baik. Yang paling bahaya jika anda tidak dapat mengendalikan emosi marah sehingga menyebabkan anda stress. Jangan stress ye ibu-ibu kerana stress akan membahayakan janin anda.
  3. JAGA PENGAMBILAN NUTRISI
    Risiko keguguran akan meningkat jika janin tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Seawal kehamilan di trimester pertama, seharusnya anda mengambil b complex dan asid folic yang mencukupi sejajar dengan keperluan anda dan janin. Jangan lupa pengambilan kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang janin dan tubuh ibu.
  4. HINDARI KEBIASAAN BURUK
    Jika anda seorang perokok, penggemar kafein dan meminum alcohol. Berhenti segera semua tabiat tidak sihat ini kerana sangat bahaya buat kandungan anda. Ianya akan mengganggu perkembangan kesihatan dan pertumbuhan janin di dalam rahim anda.
  5. DAPATKAN KONSULTASI DOKTOR
    Buat buku pink. Apa itu buku pink? Pergi ke klinik kesihatan dan bukak buku pink. Buku pink ini akan dicatat maklumat kesihatan anda dan kandungan setiap bulan. Akan jadi lebih kerap apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga.
  6. KURANGKAN HUBUNGAN BERSAMA SUAMI
    Disaat kandungan di trimester pertama, dinasihatkan agar mengurangkan sedikit hubungan bersama suami. Menurut ramai doctor, terlalu kerap melakukan hubungan intim bersama suami di awal fasa kehamilan, dapat menyebabkan risiko keguguran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword