Pantang ibu hamil: Elak 7 jenis makanan ini

Pantang ibu hamil: Elak 7 jenis makanan ini

Pantang ibu hamil: Elak 7 jenis makanan ini

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dibasuh
    Dalam menjaga kesihatan dalam pemakanan, anda perlu pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diambil sentiasa bersih dan dibasuh dengan baik. Jika ia tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menghasilkan bakteria yang dikenali sebagai toxoplasma yang akan mengakibatkan dijangkiti penyakit Toxoplasmosis.Bakteria lain yang boleh hidup pada sayur atau buah yang tidak bersih ialah E. Coli, Salmonella dan Listeria.
  2. Makanan mentah
    Sekiranya sebelum ini anda merupakan penggemar tegar makanan mentah atau separuh masak seperti sushi, telur mentah dan lain-lain makanan mentah, maka disarankan untuk mengehadkan tabiat tersebut sewaktu hamil.Makanan ini termasuk dalam makanan pantang ibu mengandung kerana kajian mendapati makanan mentah mendedahkan ibu hamil kepada bakteria, virus dan parasit hidup yang berpotensi mengganggu perkembangan kandungan sewaktu tempoh kehamilan terutama pada peringkat awal kehamilan.
  3. Makanan dan minuman berkafein
    Bayi yang akan dilahirkan berisiko untuk kurang berat, kelahiran pra-matang atau lebih parah ibu akan berdepan dengan risko keguguran.Kafein bukan sahaja didapati dalam kopi tetapi dalam minuman soda, minuman tenaga atau teh dan minuman bercoklat.
  4. Organ dalaman
    Antara risiko kesihatan yang tidak baik dalam pengambilan organ dalaman seperti hati ayam ialah kepada bayi untuk mengalami kecacatan pada wajah, kepala dan jantung ataupun kecacatan semasa kelahiran dan juga masalah toksik hati yang teruk. Ia berpunca daripada kandungan toksik dan sisa buangan yang tinggi terkumpul pada organ dalaman tersebut.
  5. Makanan manis, berkalori tinggi dan tinggi MSG
    Semua jenis makanan ini harus dihindari kerana akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit diabetes ketika hamil (diabetes gestasional)
  6. Kekacang
    Kekacang kaya dengan sumber protein, namun bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah alahan dan sejarah penyakit G6PD, hindarkan daripada mengambil kekacang.Pengambilan kekacang adalah dilarang bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit alahan pada diri sendiri ataupun ahli keluarga yang lain. Ia adalah cara bagi mengelakkan bayi dalam kandungan mempunyai alahan yang sama.
  7. Makanan ringan
    Makanan ringan rendah dengan vitamin dan nutrisi yang tidak lengkap serta tidak sesuai dijadikan makanan rutin untuk ibu hamil.Kandungan kalori, gula dan lemak tambahan yang sangat tinggi akan membahayakan diri anda dan bayi anda. Ia membawa risiko diserang pelbagai penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam penyakit kronik yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword