PENJAGAAN SELEPAS KHATAN

PENJAGAAN SELEPAS KHATAN

PENJAGAAN SELEPAS KHATAN

Ubat bius biasanya tahan sehingga 3 jam. Namun tidak perlu bimbang kerana selesai khatan, doktor akan terus masukkan ubat punggung untuk menahan sakit sebelum kesan ubat kebas habis. Dos seterusnya diberikan selepas 4-6 jam ketika dirumah.

Penjagaan luka khatan berbeza mengikut kaedah khatan. Jika guna cara clamp, air kencing akan keluar melalui corong clamp. Ibu bapa perlu tembak air paip kedalam corong menggunakan picagari yang disediakan untuk mencuci air kencing.

Luka khatan hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan kering. Sekurang-kurangnya untuk 24 jam pertama, bayi tidak dipakaikan lampin pakai buang agar air kencing tidak meruap dan lembab menyebabkan risiko jangkitan kuman pada luka.

Secara ringkasnya, luka hendaklah dibersihkan dan disapu ubat setiap kali bayi membuang najis selama beberapa hari sehingga luka kering. Biasanya luka khatan bayi lebih cepat sembuh kerana luka yang kecil dan kulit yang nipis.

Ubat yang diberikan seperti ubat tahan sakit, antibiotik dan krim luka perlu diberikan pada bayi mengikut arahan doktor. Jangan sapu ubat atau minyak pada luka tanpa nasihat doktor. Ada kes clamp terlucut kerana ibunya menyapu minyak pada luka khatan.

Biasanya tarikh lawatan susulan selepas beberapa hari untuk memeriksa luka atau buka clamp 5 hingga 7 hari lepas khatan. Jika kaedah laser, jahitan akan hancur sendiri tanpa perlu dibuka. Manakala plastibell, biasanya ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword