Petua atau Cara Merawat Puting Luka

Petua atau Cara Merawat Puting Luka

Petua atau Cara Merawat Puting Luka

  1. Setiap kali selepas menyusukan bayi, perahkan sedikit susu/ kolustrum dan sapukan pada puting. Susu ibu mengandungi antibodi dan makrofaj yang boleh mengubati luka.
  2. Pastikan puting yang luka tadi sentiasa lembap. Kajian menunjukkan puting luka yang disapukan pelembap Vaselin lebih berkesan untuk dirawat berbanding membiarkan puting dalam keadaan kering. Sapukan nipis-nipis sahaja dan tidak perlu dicuci sebelum menyusukan bayi. Pure Lanolin atau hydrogel juga boleh digunakan. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan oleh para ibu adalah menyapu pelembap ini terlalu tebal. Sapuan yang terlalu tebal boleh menyebabkan kulit tidak bernafas dan penyembuhan lambat berlaku.
  3. Elakkan membasuh atau merendam puting di dalam air, air garam atau hydrogen peroxide kerana ini membuatkan puting lebih kering. Ini seterusnya akan melewatkan lagi penyembuhan. Elakkan juga menggunakan krim yang tidak diketahui keberkesanannya. Kebanyakan krim ini perlu dibasuh sebelum menyusukan bayi.
  4. Menggunakan breast shell sekiranya kesakitan itu tidak dapat ditampung oleh ibu. Pastikan bukaan pada breast shell itu lebih besar daripada puting. Sapukan pelembap pada puting dan kemudian pakai breast shell. Selepas itu barulah boleh memakai bra. Ini untuk mengelakkan luka itu melekat pada bra seterusnya melewatkan lagi proses penyembuhan.
  5. Jangan hadkan sesi penyusuan sekiranya ibu mempunyai masalah puting luka. Sekiranya kita mengurangkan sesi penyusuan / tidak menyusukan bayi langsung kerana puting luka, ini boleh menyebabkan:risiko breast bengkak.Susu merudum dalam jangka masa panjang. Bayi tidak diberi peluang untuk belajar melekap dengan betul. Maka, sampai bila pun masalah puting luka ini tidak akan selesai kerana bayi tidak belajar melekap dengan betul.
  6. Sekiranya luka bertambah serius, dapatkan bantuan daripada pakar laktasi bertauliah/ doktor. Kes-kes yang serius mungkin memerlukan luka dibersihkan dan ditutup dengan gauze yang mengandungi pelembap.
  7. Selain daripada itu, ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan. Vitamin C dapat membantu luka, scrape, tulang patah dan luka terbakar baik dengan lebih cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword