Rahsia Ibu Hamil Sentiasa Ceria Dengan Kulit Cantik

Rahsia Ibu Hamil Sentiasa Ceria Dengan Kulit Cantik

Rahsia Ibu Hamil Sentiasa Ceria Dengan Kulit Cantik

 

[RAHSIA IBU HAMIL SENTIASA CERIA DENGAN KULIT CANTIK]

  • BERSENAM DENGAN TERATUR
    Dengan bersenam secara teratur badan akan menjadi sihat dan segar serta mencegah tubuh daripada menjadi terlalu gemuk ketika hamil. Jika anda rajin bersenam ketika hamil juga akan menjadikan jantung berfungsi lebih berkesan sehingga peredaran darah ke janin menjadi lebih lancar. Lakukanlah senaman yang ringan dan mudah seperti berjalan kaki, berenang, yoga dan regangan untuk ibu hamil.
  • SOLEKAN
    Jika bersolek, guna kosmetik yang bersesuaian kulit anda, kerana ketika hamil kulit akan menjadi lebih sensitif. Jika mempunyai masalah pada kulit wajah, sebaik-baiknya berjumpa doktor kulit untuk mengatasinya.
  • MERAWAT WAJAH
    Sewaktu hamil wajah akan lebih banyak mengeluarkan minyak pada bahagian pipi, hidung dan dagu yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat. Bersihkanlah wajah dengan pembersih muka dan penyegar sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • REHAT YANG CUKUP
    Biasakan diri untuk beristirahat pada siang hari, gunakanlah waktu itu untuk mendengar muzik lembut, membaca buku, bersantai atau tidur. Ini dapat membantu merenggangkan saraf-saraf yang tegang menjadi kendur, agar anda kembali segar.
  • MANDI SECARA TERATUR
    Saat hamil tubuh akan mengeluarkan lebih banyak peluh. Untuk itu mandi dan bersihkanlah tubuh sekurang-kurangnya dua kali sehari secara teratur. Apabila mandi badan menjadi segar dan tidur lebih selesa. Setelah selesai mandi sapukan losyen badan yang tidak mengandungi minyak zaitun agar kadar minyak pada tubuh tidak terlalu tinggi.
  • PENJAGAAN GIGI
    Wanita mengandung mudah mengalami sakit gigi jadi berikan tumpuan lebih pada penjagaan gigi dan mulut. Ketika hamil anda juga akan sering mengalami mual dan muntah. Jadi pastikan anda membersih dan menyegarkan kembali mulut setiap kali selepas muntah.
  • BANYAKKAN MINUM AIR
    Jangan dehydrated. Penting untuk kekalkan kelembapan kulit dan untuk memberi nutrient pada bayi.
  • JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN BABY DALAM KANDUNGAN
    Penting untuk baby dalam kandungan untuk rasa gembira.. baby boleh tahu yer apa yg berlaku walaupun dalam kandungan.
  • MANJAKAN DIRI ANDA
    Perubahan hormon akan menyebabkan keguguran rambut dan sebagainya. Manjakan diri anda dengan cucian rambut, hot massage dan sebagainya.
  • PENJAGAAN MATA
    Ibu hamil berkemungkinan mendapat gelung hitam atau eye back sebab penat, lesu dan kadang-kadang kurang tidur. Cuci dengan air sejuk ke muka setiap hari selama setengah jam. Bukan hanya untuk hilangkan penat, bahkan untuk sentiasa nampak ceria dan cantik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword