[ Sebab-Sebab Para Ibu Memilih Czer Untuk Bersalin ]

[ Sebab-Sebab Para Ibu Memilih Czer Untuk Bersalin ]

[ Sebab-Sebab Para Ibu Memilih Czer Untuk Bersalin ]

[ Sebab-Sebab Para Ibu Memilih Czer Untuk Bersalin ]

Pembedahan Caesarean ini adalah satu pembedahan di mana doktor pakar akan membuat potongan pada perut dan rahim anda untuk mengeluarkan bayi anda. Baru-baru ini, melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean telah menjadi satu trend dalam kalangan ibu mengandung. Terdapat beberapa sebab para ibu lebih memilih pembedahan ini untuk melahirkan anak mereka.

🤰 Ramai ibu hamil yang berusia mengidap penyakit Diabetes
Oleh kerana kadar peningkatan usia dan perubahan gaya hidup yang meningkat, ramai ibu mengandung yang mengidap penyakit diabetes ini. Tambahan lagi, ramai ibu mengandung yang tidak sedar bahawa mereka adalah pesakit Diabetes sehinggalah mereka melalui ujian darah. Kebanyakan ibu yang mengidap Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius lebih-lebih lagi jika Diabetes tidak dikesan dan dirawat lebih awal.

🤰 Berat badan ibu mengandung
Antara salah satu faktor berat badan ibu zaman kini kian meningkat adalah kerana usia dan pengambilan makanan mereka akan menganggu diet makan yang tidak sihat. Oleh kerana berat badan yang meningkat, ini akan menimbulkan komplikasi dan melambatkan proses bersalin.

🤰 Faktor usia para ibu mengandung
Ramai wanita yang lebih menumpukan kepada kerja dan lebih peka kepada merancang keluarga. Kebanyakkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin lewat. Semakin meningkat usia wanita, semakin besar kebarangkalian meraka akan mendapat penyakit.

🤰 Antaranya adalah tulang fleksibiliti tulang pelvik, tulang pelvik ini berperanan penting dalam melahirakan anak. Oleh sebab itu, tulang pelvik ibu mengandung tidak kuat, mereka akan mengambil masa yang lama untuk bersalin dan proses ini akan meyukarkan ibu dan bayi mereka.

🤰 Saiz bayi yang lebih besar berbanding bayi sebelumnya
Oleh kerana saiz bayi yang besar, para ibu tidak berani untuk melahirkan bayi secara normal. Ini kerana, ianya akan mempengaruhi proses bersalin dan para ibu tidak mahu mengambil risiko dan membahayakan keadaan bayi dan menyukarkan bayi untuk bernafas. Sebab itu, penjagaan makanan dan diet yang sihat amat penting bagi ibu yang sedang hamil bagi memudahkan proses bersalin dan menjamin kesihatan diri dan juga bayi.

Kredit : theparentstory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword