TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

[Elak Buat 8 Kesilapan Ini Dalam Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir!]

Fungsi plasenta ialah mengangkut oksigen dan nutrien daripada ibu kepada janin untuk membesar dan berkembang. Ia mula terbentuk daripada usia kehamilan 8 minggu. Apabila selesai proses kelahiran, plasenta akan dipotong kerana bayi tidak lagi memerlukan uri.

8 TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

-Elakkan keadaan yang lembap pada tali pusat bayi. Ini kerana kelembapan adalah salah satu keadaan yang menggalakkan pembiakan bakteria dan kuman.
– Hindari penyapuan sebarang ubat-ubatan, bedak atau ramuan tradisional selain daripada yang dibekalkan oleh pihak hospital.
– Cucian yang kerap akan membantu mempercepatkan ia kering dan luruh. Anda boleh mencuci setiap kali ingin menukar lampin bayi iaitu setiap 3 hingga 4 jam sekali.
– Pastikan tangan anda bersih sebelum proses mencuci tali pusat. Tangan yang kotor meningkatkan risiko jangkitan kuman.
– Elakkan menyentuh bahagian tali pusat bayi selepas dicuci.
– Jangan pakaikan barut terlalu ketat
– Jangan cabut tali pusat bayi kerana bimbang berlaku pendarahan. Biarkan ia tercabut sendiri.
– Pastikan tali pusat berada di luar semasa memakaikan lampin. In bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan jangkitan kuman yang berpunca daripada najis dan air kencing.

PENJAGAAN TALI PUSAT DALAM MASA 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN

Pastikan setiap kali sapuan memerlukan satu ketulan kapas yang dimulai daripada bahagian atas ke bawah dan berakhir pada cord clamp yang dipegang. Pastikan tangan anda bersih dan ketulan kapas juga mestilah bersih. Gunakan larutan yang dibekalkan oleh pihak hospital.

PENJAGAAN TALI PUSAT KERING

Selalunya selepas beberapa hari, penghujung tali pusat bayi akan mula kering. Cara mencucinya juga berbeza di mana anda boleh memulakan daripada bawah/ pangkal tali pusat dahulu iaitu bahagian yang masih lembap. Kemudian sapuan perlu dilakukan daripada bawah ke atas daripada semua sudut. Sapuan kemudian perlu dilakukan pada bahagian atas dan diakhiri pada bahagian cord clamp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword