Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil

Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil

Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil

  1. Banyakkan rehat seperti cuba untuk tidur sebentar pada waktu siang. Pada waktu malam pula cuba untuk tidur lebih awal.
  2. Jika ibu mempunyai anak lain, tinggalkan anak-anak kepada penjaga buat sementara agar ibu dapat berehat/tidur sebentar.
  3. Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berkhasiat seperti banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, susu rendah lemak, daging serta sumber karbohidrat seperti nasi, roti dan mee.
  4. Elakkan/ kurangkan daripada makan makanan ringan dan segera seperti mee segera, keropok, jajan, coklat serta minuman berkafien dan minuman berkarbonate (air gas).Makan dan minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini secara tak langsung dapat mengurangkan masalah loya dan muntah-muntah. Jika sering muntah akan memudahkan badan dimasuki angin. Dengan makan pada kuantiti yang sedikit dan kerap dapat membantu mengurangkan masalah muntah dan rasa tidak selesa
  5. Ambil supplemen atau makanan tambahan adalah sangat perlu untuk menampung nutrien yang diperlukan badan dan juga bayi dalam kandungan. Antara makanan tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan adalah acid folic, vitamin C serta zat besi untuk memastikan hemoglobin darah berada pada tahap yang optimum. Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada anemia semasa hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword