[Tips Kawal Ketagihan Gajet Dikalangan Kanak-Kanak]

[Tips Kawal Ketagihan Gajet Dikalangan Kanak-Kanak]

[Tips Kawal Ketagihan Gajet Dikalangan Kanak-Kanak]

[Tips Kawal Ketagihan Gajet Dikalangan Kanak-Kanak📱]

1. Jangan Biarkan Mereka Guna Smartphone Seorang Diri

📱Ini merupakan kesalahan utama ibu bapa. Anak-anak seringkali dibiarkan berseorangan menggunakan gajet tanpa panduan. Gajet sering dijadikan alat oleh ibu bapa agar anak-anak leka dan tidak mengganggu mereka.
Membiarkan anak-anak menggunakan gajet secara berseorangan menyebabkan mereka leka dalam dunia sendiri dan mendorong kepada ketagihan.

2. Hadkan dan Tetapkan Masa dan Tempat Menggunakan Telefon

📱Semasa kecil, anak-anak lebih mudah terikut dengan tingkah-laku ibu bapa mereka. Apa yang ibu bapa buat, mereka akan ikut. Sekiranya ibu bapa membuat sesuatu yang tidak elok tetapi pada masa sama melarang mereka membuat perkara yang sama, ianya tidak akan didengari oleh anak.
Pada peringkat ini, ibu bapa perlulah memperkenalkan undang-undang penggunaan gajet dan mereka sendiri haruslah menjadi tauladan kepada anak-anak. Sebagai contoh, apabila sedang menikmati makanan bersama keluarga, ibu bapa juga haruslah mengelakkan penggunaan telefon.

3. Jangan Caj Bateri Sehingga Penuh

📱Ini antara trik yang menarik untuk anda cuba. Apabila memberikan gajet pada anak-anak, jangan beri mereka gajet yang mempunyai bateri penuh atau hampir penuh.
Sebaliknya, berikan mereka gajet yang mempunyai bateri sedikit dan apabila bateri sudah hampir habis, katakan pada mereka bahawa mereka perlu berhenti menggunakannya kerana gajet tersebut perlu dicaj.

4. Rahsiakan Katakunci Telefon

📱Memberi katakunci telefon kepada anak-anak merupakan kesalahan biasa yang dibuat ibu bapa. Memberi anak-anak katakunci samalah seperti anda memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menggunakan gajet bila-bila masa yang mereka mahu.
Anak-anak perlu diajar menghormati anda sebagai ibu bapa mereka. Mereka perlu diajar siapa sebenarnya ‘bos’. Dengan menyorokkan kata kunci anda, ada mengajar anak-anak supaya meminta izin daripada anda dan menghormati anda sebagai ‘bos’ atau pemilik telefon tersebut.

5. Cari Alternatif Lain dan Alihkan Perhatian Mereka

📱Sebelum kemunculan telefon pintar, kanak-kanak banyak meluangkan masa melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan anggota badan mereka seperti bermain basikal dan kejar-kejar. Selain bagus untuk kesihatan mereka, aktiviti yang melibatkan peggunaan anggota badan ini bagus untuk melatih ketajaman otak dan sensori motor anggota badan.
Sebagai ibu bapa, kita haruslah kreatif. Jangan jadi ibu bapa yang pemalas, asal anak menangis sahaja diberikan telefon pintar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword