[ Tips Mengurangkan Risiko Jangkitan Listeriosis Ketika Mengandung ]

[ Tips Mengurangkan Risiko Jangkitan Listeriosis Ketika Mengandung ]

[ Tips Mengurangkan Risiko Jangkitan Listeriosis Ketika Mengandung ]

[ Tips Mengurangkan Risiko Jangkitan Listeriosis Ketika Mengandung ]

Listeriosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Listeria monocytogenes, juga sering dikenali sebagai Listeria. Kebiasaanya Listeriosis disebabkan oleh memakan makanan tercemar oleh bakteria Listeria tersebut.

Bakteria ini juga berkemungkinan berada di rumah, restoran dan di tempat lain seperti kedai runcit dan tempat awam. Bakteria ini juga boleh terus hidup dalam suhu sejuk seperti di dalam peti ais namun proses penyebaran ia dapat diperlahankan

Golongan yang paling mudah terdedah dengan jangkitan ini adalah seperti:-

-Wanita hamil,
-Kanak-kanak,
-Orang dewasa pada usia 60 tahun ke atas;
-Golongan yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah

Tips dan garis panduan untuk mengurangkan risiko Listeriosis

Minum hanya susu yang dipasteur atau susu UHT. Elakkan minun susu yang tidak dipastuer yang terus daripada ladang tenusu
Elakkan makanan mentah dan tidak dimasak seperti sashimi
Panaskan makanan sekurang-kurangnya pada suhu 75⁰C untuk tujuan membunuh bakteria tersebut
Asingkan daging yang tidak dimasak daripada daging dan sayur yang telah dimasak
Elakkan makan ‘soft cheese’ seperti feta, Brie, Camembert dan keju ala Mexico (sesetengah keju ala Mexico yang menggunakan susu pasteur juga telah menjadi sumber jangkitan Listeria semasa proses pembuatan keju itu sendiri)
Elakkan makanan ‘ready to eat’ sama ada sayur mahupun daging atau makanan dalam tin

Tips Mengurangkan Risiko Jangkitan Listeriosis Ketika Mengandung

Orang yang terkena jangkitan Listeria akan menunjukkan simptom-simptom seperti cirit-birit, demam, sakit otot, sakit kepala, sakit urat, menggigil dan sebagainya, Namun tidak semua orang akan menunjukkan gejala berikut bergantung kepada imuniti badan masing-masing. Selain itu, ujian darah juga boleh mengesan jangkitan ini pada seseorang

Listeriosis semasa kehamilan juga boleh meningkatkan potensi masalah kesihatan yang serious bagi bayi yang baru lahir. Bayi baru lahir yang telah dijangkiti dengan Listeria boleh menunjukkan tanda-tanda awal atau lewat Listeriosis dan ia boleh berkembang dalam tempoh 1 – 2 hari selepas kelahiran, malah bayi juga sering menunjukkan tanda jangkitan yang lebih serious. Walau bagaimanapun, adalah keutamaan meminta nasihat pakar dan berjumpa doktor!

Kredit : theparentstory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword