Tips Mudah Penjagaan Kecantikan Kuku

Tips Mudah Penjagaan Kecantikan Kuku

Tips Mudah Penjagaan Kecantikan Kuku

  • Potong Kuku Dengan Cara Yang Betul
    Sebaiknya, anda digalakkan memotong kuku selepas mandi pada waktu pagi. Ketika ini kuku anda lembut dan mudah dipotong. Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia boleh mencederakan kulit. Potong lurus kuku bagi mengelakkan pertumbuhan kuku ke dalam dan mencengkam kulit anda.Selepas proses memotong, anda disarankan untuk membersihkan tangan dan merendam jari di dalam air suam yang dicampurkan dengan pati lemon dan beberapa titis minyak zaitun. Bukan sahaja kuku bersih malah kulit tangan menjadi lembap dan berbau harum.
  • Buang Kutikel
    Selepas merendam kuku, sapukan krim kutikel untuk melembutkan sel kulit mati. Ketika anda membuang kutikel, pastikan ia berada pada kedudukan 45 darjah dan lakukannya dengan lembut. Gunakan gunting khas untuk tujuan ini.
  • Urutan Lancarkan Aliran Darah
    Usai langkah tersebut, lakukan urutan pada tangan anda terutamanya di bahagian jari. Urutan akan membantu melancarkan perjalanan darah selain memberi ketenangan serta keselesaan kepada anda. Gunakan minyak zaitun, argan atau essential oil.
  • Sapu Losen
    Penggunaan losen secara konsisten akan membantu mengatasi kulit kering dan mengurangkan masalah kuku patah atau rapuh. Selain losen, anda juga boleh gunakan minyak zaitun yang kaya dengan Vitamin.
  • Tukar Stokin Setiap Hari
    Bagi anda yang memakai stokin, pilih material daripada gentian kapas yang dapat menyerap peluh dengan baik. Tukar stokin setiap hari bagi mengelakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau kaki. Jangan memakai stokin atau sarung kaki yang lembab kerana ia menyebabkan bau kurang enak dan kaki dijangkiti kuman.
  • Jaga Kebersihan Kasut
    Kebersihan kasut juga perlu dijaga, sebaik-baiknya jangan memakai kasut yang sama setiap hari terutamanya jenis tertutup. Memakai kasut bertutup seharian menyebabkan kaki haba peluh terperangkap. Malah kelembapan terperangkap akan mengundang masalah kaki berbau kerana jangkitan kuman. Bersihkan kasut sekerap mungkin untuk mengelakkan bau busuk.
  • Pakai Sarung Tangan
    Gunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah terutama membabitkan aktiviti berkebun dan mencuci pinggan. Penggunaan sarung tangan bukan sahaja memelihara kelembutan kulit malah ia juga melindungi kuku daripada kekotoran dan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci.
  • Supplemen
    Anda disarankan mengambil suplemen khas iaitu 300 mikrogram vitamin B Biotin setiap hari. Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat, diet seimbang akan membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Misalnya,segelas susu dan dua biji telur separuh masak dapat membantu mencantikkan dan menyihatkan kuku anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword