Apakah yang boleh anda lakukan apabila anak anda tantrum?

Apakah yang boleh anda lakukan apabila anak anda tantrum?

Apakah yang boleh anda lakukan apabila anak anda tantrum?

  1. Anda Perlu BERTENANG
    Jeritan anak anda mungkin membuatkan anda rasa marah, kecewa dan malu jika ia berlaku di hadapan orang lain. Bagaimanapun, anda harus bertenang dan tidak susah hati. Ingat bahawa perkara ini juga berlaku kepada ibu bapa lain. Kemudian barulah anda boleh membuat keputusan rasional dalam menguruskan tantrumnya.
  2. Jangan peduli
    Jangan hiraukan tantrum dan teruskan dengan apa yang anda sedang lakukan. Bagaimanapun, awasi anak anda senyap-senyap untuk memastikan dia selamat. Sukar untuk tidak mengendahkannya, terutama apabila orang lain sedang melihat, tetapi ini penting agar anak anda belajar yang dia tidak akan mendapat perhatian dengan bertindak sedemikian.
  3. Perlu kekal konsisten
    Apabila membuat dan mengenakan peraturan kepada anak anda, anda perlu konsisten setiap masa. Anak anda mungkin mengamuk kerana tidak mendapat sesuatu yang anda larang. Jangan mengalah. Sentiasa tegas dengan keputusan anda untuk mengajarnya bahawa had dan peraturan adalah penting. Pastikan semua penjaga terlibat memahami perkara ini dan kekal konsisten.
  4. Fokus pada kelakuan baik anak
    Sebaik sahaja anak anda bertenang, anda boleh berikan perhatian semula kepadanya. Pujilah anak anda atas kelakuan positifnya walaupun ia sesuatu yang kecil dan peluklah anak anda. Dengan ini, anda memberi ganjaran atas kelakuan baiknya dan dia pasti akan kekal tenang dan terus berkelakuan baik. Sentiasa yakinkannya yang anda menyayanginya dan hanya perbuatan tantrum itu yang tidak dipersetujui anda.
  5. Menggunakan strategi lain
    Jauhkannya daripada tempat berlakunya tantrum itu bagi mengelakkan ia berulang. Ini berguna jika dia mengamuk kerana mahukan sesuatu di tempat itu. Anda juga boleh cuba memberikannya pelukan yang erat agar dia rasa selamat dan disayangi. Atau anda boleh cuba gelak atau senyum kerana ia menunjukkan anda mengawal keadaan dan tidak akan mengalah terhadap permintaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword