Latih bayi menyusu badan untuk makan

Latih bayi menyusu badan untuk makan

Latih bayi menyusu badan untuk makan

[5 Langkah latih bayi menyusu badan untuk makan]

👶 Mula dari awal. Bila anak dah 6 bulan saja, ajarkan habit makan sebelum susu. Kalau lapar cari makanan.

👶 Pastikan makanan yang diperkenalkan tu adalah real food, dan lengkap. Nasi + sayur + sumber protein. Walaupun 6-7 bulan, dan boleh kasi bubur nasi. Yang penting porsi tu, lebihkan serat seperti sayur sayuran yang pelbagai, supaya anak tak sembelit.

👶 Kalau anak jenis suka pegang makanan sendiri, bila dah usia 8 bulan tu, boleh la amalkan baby led weaning. Buat finger food dari sayur / buah yang distim. Ataupun chicken / fish nuggets buatan sendiri. be creative please parents.

👶 Dapatkan assessment sekiranya anak macam ada masalah sensory food aversion. Selalunya anak kelihatan picky dan hanya makanan makanan yang keras. Salah satu cara tangani adalah dengan terapi.

👶 Kurangkan susu secara berkala. Target kita adalah untuk stop susu selepas 2 tahun. Kalau tak stop pun, kadang anak ni dia nak mengempeng je. Tu tak ada masalah. Pasal biasanya dia susu sekejap dah tidur, lebih kepada comfort.

‼Apa masalah kalau anak taknak makan ni?
Pertumbuhan boleh terganggu. Tengok berat tak naik naik. Kesihatan boleh terganggu, mudah sakit. Yang menyusu badan mungkin nampak immune system ok, tak selalu sakit. Tapi masalah pembesaran mungkin akan agak ketara.

*Cara latih anak yang menyusu badan untuk makan agak berbeza dengan anak yang minum susu formula. Anak yang minum susu formula lebih mudah untuk makan berbanding anak yang menyusu badan. Ikuti langkah ini, Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Usaha dan kesabaran perlu ada dalam diri. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Kredit: bidadari.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword