[ 10 Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir ]

[ 10 Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir ]

[ 10 Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir ]

[ 10 Pantang Larang Menjaga Bayi Baru Lahir ]

1. Jangan Beri Sembarangan Orang Cium

Memang nampak macam ‘over’ tapi pada minggu pertama kehidupan seorang bayi, pendedahan pada bakteria dan kuman boleh beri masalah serius. Ini kerana sistem imuniasi mereka masih belum berfungsi sepenuhnya. Mencium dan memegang bayi tanpa mencuci tangan terlebih dahulu boleh menyebabkan bayi korang terdedah kepada pelbagai penyakit kerana sistem imunisasi bayi masih belum dapat melindungi badan mereka daripada ancaman bakteria dan kuman.

Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin, jelaskan dengan baik pada pelawat supaya tidak mencium bayi korang pada minggu pertama kelahirannya. Jika pelawat tersebut dalam keadaan tidak sihat, nasihatkan mereka supaya pastikan diri mereka betul² sihat baru datang melawat bayi korang. Tak ramai yang boleh ikut pantang larang yang ni kerana takut merasa serba salah pada orang yang datang melawat itu.

Jangan bawa atau dedahkan bayi korang di khalayak ramai kerana bayi yang masih belum mempunyai sistem imunisasi yang kuat boleh mendapat penyakit dengan mudah. Bersabarlah seketika sehingga bayi itu betul² bersedia untuk mengahadapi pelbagai lagi dugaan dan keadaan di dunia ni.

2. Jangan Ubah Suasana Rumah

Bayi memang perlukan banyak perhatian tapi tak perlulah sampai mengubah suasana rumah antaranya seperti langsung tak boleh pasang TV, sentiasa menutup pintu dan langsir kerana bimbang suasana menjadi bising untuk bayi korang tidur. Suasana yang sedikit bising tak beri masalah, biarkan bayi korang terbiasa dengan suasana itu supaya sampai satu masa bayi korang mudah untuk tidur pada bila² masa.

3. Jangan Biar Lampin Kotor Terlalu Lama

Kebanyakan ibu bapa masa kini sangat sibuk di rumah mahupun di mana sahaja. Tetapi tolonglah juga sibukkan diri korang dengan bayi korang, lakukan pemeriksaan pada lampin pakai buang bayi korang. Jangan biarkan bayi korang memakai lampin yang telah kotor terlalu lama. Bayi yang baru lahir lebih kerap membuang air berbanding bayi yang berusia 6bulan dan keatas.

Untuk memberi keselesaan kepada bayi korang dan untuk mengelakkan ruam pada kulit bayi, tolong periksa keadaan lampin bayi korang dengan kerap. Jika lampin bayi korang telah kotor, tukarlah lampin yang baru pada kadar yang segera supaya bayi korang selesa. Kalau bayi korang dah selesa, dia pun dapat tidur dengan lena untuk tumbesaran mereka. Rasanya perkara ni dari dulu lagi sudah menjadi pantang larang nenek moyang kita semua untuk menjaga kebersihan bayi. Bukan setakat bayi yang kena bersih, ibu bapa bayi juga perlu lah bersih.

4. Jangan Guna Puting

Baru seminggu lahir bayi sudah beri puting? Rileks la ibu-ibu sekalian. Kesian kat bayi korang yang teringin sangat nak merasa menghisap susu badan korang. Untuk pengetahuan semua, bayi ni dilahirkan memang dengan sifat semulajadi untuk menghisap susu badan ibu kerana mengandungi zat yang terbaik yang bayi korang perlukan. Memberi puting pada peringkat awal boleh menggangu jadual pemakanan bayi.

Apabila bayi ni menyusu badan mereka ni akan selesa dengan ibunya dan akan menghasilkan satu ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Jadi berilah susu badan kepada bayi korang supaya anak korang membesar dengan sihat dan kuat.

5. Jangan Lambat Dapatkan Rawatan Doktor

Jika bayi korang demam la misal kata, sila dapatkan segera rawatan di klinik. Jangan sesekali tangguhkan pemeriksaan. Jangan menganggap demam itu perkara kecil pada bayi korang kerana demam yang terlalu tinggi boleh membahayakan bayi dan bayi korang boleh mendapat sawan. Kalau demam pula, jangan di pakaikan selimut, lagi akan menyebabkan suhu badan naik. Sebaiknya pergi menerima rawatan di klinik dan minta nasihat doktor untuk pencegahan demam tersebut.

6. Jangan Terlebih Menggayakan Pakaian Bayi

Ada ibu yang terlalu teruja mahu memakaikan baju cantik pada bayi. Boleh, tapi jangan la sampai berlebih-lebihan baju penuh renda sehingga menyebabkan bayi korang tak selesa. Bila bayi tak selesa tu la mula dia merengek menangis, pastu korang sibuk marah bayi korang supaya tak nangis padahal korang yang terlebih sangat pakaikan pakaian tuk bayi korang. Rileks la ibu dan ayah sekalian, bayi ni memang sudah lumrah orang tengok akan nampak comel.
Selain daripada itu ramai ibu bapa yang selalu bimbang bayi mereka ni sejuk. Untuk pengetahuan semua, bayi ni pun manusia macam kita juga. Sistem badan dia juga sama macam kita. Jadi kalau korang rasa panas bayi tu pun akan rasa yang sama juga lah. Sesuaikan la pakaian untuk bayi itu takut jika terlalu tebal akan menyebabkan badan bayi terlalu panas dan boleh menyebabkan dehidrasi. Korang sendiri pun tak tahan panas ni kan pula bayi korang.

7. Jangan Beri Makan Bayi 6 bulan Ke Bawah

Untuk beri makan pada bayi, disarankan oleh kebanyakan doktor bermula pada umur 6 bulan dan ke atas. Makanan yang dibenarkan pula hanya bubur atau nestum sahaja. Ini penting agar bayi tidak mempunya masalah penghadaman. Ini bukan sekadar nasihat doktor sahaja, pantang larang menjaga pemakanan bayi ini telah berkurun lamanya diberitahu oleh atok dan nenek terdahulu.

8. Jangan Abai Temu Janji Doktor

Walau dalam apa jua keadaan sekalipun sama ada korang sibuk bekerja ke korang ada meting dengan client luar negara ke, jangan sesekali abaikan temujanji korang dengan doktor untuk pemeriksaan bayi korang. Perkara ini amatlah penting untuk memastikan yang bayi korang sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

Jika terdapat sesuatu yang luar dari keadaan biasa pada kesihatan bayi korang, pasti doktor akan ketahuinya dan dapat memberikan nasihat tentang kesihatan bayi korang dengan sebaiknya. Jadi tolonglah jangan abaikan temujanji korang dengan doktor ye untuk kesihatan bayi korang.

9. Jangan Upload Atau Share Gambar Di Facebook Atau Media Social Lain

Bayi yang baru lahir dan berumur di bawah 40 hari mengalami dua jenis gangguan iaitu gangguan fizikal dan juga gangguan rohani. Kita perlu mengambil berat mengenai gangguan rohani yang terdiri daripada Ain (sihir tanpa jin) dan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).

Apabila kita upload atau share gambar bayi yang baru lahir ni (bawah 40hari) ke facebook atau laman social yang lain, dikhuatiri bayi ini akan terkesan dengan Al-Ain ini tadi iaitu sihir tanpa jin ataupun mata jahat yang memerhati. Pantang larang ini tampak mudah tapi sukar untuk ibu dan bapa lakukan kerana semuanya berfikir perlu untuk menguopload gambar bayi mereka untuk tontonan umum.

10. Jangan Lupa Azan Dan Iqamat

Sebagai ayah yang beragama Islam, kita jangan lupa untuk azan dan iqamat pada telinga bayi yang baru lahir. Ini merupakan adab dalam menyambut bayi baru lahir dalam Islam. Rahsia azan dan iqamah pada bayi yang baru lahir ini ialah syaitan akan lari daripada kalimah azan itu, walaupun sebelum itu dia ternanti-nantikan saat kelahiran bayi tersebut.

Selain daripada itu, azan dan iqamat ini merupakan seruan yang mulia kepada bayi yang beru lahir yang mengandungi kebesaran Allah dan kata² dua kalimah syahadah. Perkara ini diibaratkan sebagai mentalkin pada si bayi yang baru lahir mengenai kebesaran yang maha Esa dan kebesaran syiar Islam yang bakal di pikul oleh bayi berkenaan. Kesan azan dan iqamat ini akan sampai terus ke lubuk hatinya dan akan kesan ini akal kekal di dalam jiwa bayi tersebut. In Shaa Allah.

Rasulullah SAW begitu teliti dan tertib mengajar umatnya tentang pantang larang menjaga bayi baru lahir ini. Baginda begitu mengambil berat mengenai Iman, Tauhid dan Aqidah serta pengamatannya terhadap cara hendak menghalau syaitan dan hawa nafsu sejak mula bayi itu menghirup udara pertamanya di dunia ini untuk terus hidup.

Begitulah serba sedikit perkongsian pantang larang menjaga bayi baru lahir. Semoga bermanfaat hendaknya. Semoga kita semua dapat mengamalkannya bersama. Ini cuma sedikit panduan. Hanya yang penting sahaja yang disenaraikan di sini sebagai panduan pantang larang menjaga bayi baru lahir. Muda-mudahan bayi kita sihat semua hendaknya.

Kredit:mamayayazone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword