Cara Mengatasi Kembung Perut pada Bayi

Cara Mengatasi Kembung Perut pada Bayi

Cara Mengatasi Kembung Perut pada Bayi

  1. TENANGKAN BAYI
    Sekiranya bayi menangis, anda boleh cuba mendukung bayi dan melarikannya seketika daripada suasana yang bising atau meriah.
  2. BEDUNG
    Selain mendukung, cubalah membedung bayi semasa tidur kerana ia juga salah satu cara memberi keselesaan kepada bayi. Bedungan yang baik membantu bayi bertenang kerana tangan mereka tidak akan terkapai-kapai dan terasa seperti dipeluk.
  3. PERIKSA CARA BAYI MENYUSU
    Pastikan bayi tidak meminum botol susu dengan posisi terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak udara ditelan sehingga terjadi perut kembung.
    Bagi ibu yang menyusu badan, praktikkan cara lekapan yang baik dan posisi menyusu badan yang selesa. Sekiranya payudara anda terasa sakit ketika menyusu, ia bermaksud anda berada dalam posisi yang salah.
  4. TUKAR SUSU FORMULA
    Sekiranya anda mendapati bayi sering kembung sejak anda menukar susu formula, cuba hentikannya buat sementara. Sesetengah bayi mengalami alahan terhadap susu formula tertentu dan boleh menyebabkan mereka kembung.
  5. HINDARI MAKANAN TERTENTU
    Sesetengah bayi yang menyusu badan mungkin turut mengalami masalah pencernaan sekiranya ibu menyusu memakan makanan tertentu.Sebaiknya, ibu menyusu cuba elakkan makanan yang akan membentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, bawang atau kacang. Kadangkala, makanan segera dan minuman berkafein juga boleh menjadi faktor bayi kembung perut.
  6. URUTAN
    Cuba beri urutan perlahan pada tubuh bayi untuk melegakan dan memberi keselesaan.Lakukan pada bahagian perut dan belakang bayi sambil menitiskan beberapa titik minyak bayi yang selamat.
  7. BIARKAN BAYI BERGERAK AKTIF
    Akhir sekali, biarkan bayi bergerak aktif. Anda boleh meniarapkan bayi dari semasa ke semasa, atau membiarkannya merangkak dan bebas bergerak.Gerakan-gerakan ini mendorong proses pencernaan supaya berfungsi lebih optimum, selain juga dapat membantu keluarnya gas melalui kentut dan sendawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword