[ Gigih Wanita Hamil Puasa Sebab Rasa Bersalah Untuk Tinggal, Tapi Anda Patut Tahu Kesannya Pada Bayi! ]

[ Gigih Wanita Hamil Puasa Sebab Rasa Bersalah Untuk Tinggal, Tapi Anda Patut Tahu Kesannya Pada Bayi! ]

[ Gigih Wanita Hamil Puasa Sebab Rasa Bersalah Untuk Tinggal, Tapi Anda Patut Tahu Kesannya Pada Bayi! ]

[ Gigih Wanita Hamil Puasa Sebab Rasa Bersalah Untuk Tinggal, Tapi Anda Patut Tahu Kesannya Pada Bayi! ]

Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama. Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung mahukan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula.
.
Apa pula kesan untuk anak yang dikandung? Sebenarnya jika ibu yang mengandung;

1. kurang darah / kurang zat galian

2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya

3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur

4. makan tak betul (tidak ada nutrisi dan tidak seimbang) semasa berbuka dan sahur

5. ada penyakit yang menjejaskan penghazaman

6. ada penyakit kronik yang lain

7. hampir cukup bulan (bahaya prem labour kalau hypoglycaemic)

8. sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa

9. tekanan darah terlalu rendah

10. gestational diabetes (kencing manis waktu mengandung);

Ada kemungkinan puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masalah kesihatan yang kronik pada bayi.
.
Bagi wanita mengandung yang tiada masalah seperti di atas, kenalah nilai dengan penuh ikhlas niat dan sebab dia mahu puasa dan nakkan puasa penuh. (Mungkin lebih mudah untuk puasa selang-selang). Fikirkan juga bahawa puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak puasa tetapi bila anak dalam kandungan terjejas, ia mungkin menanggung masalah kesihatan seumur hidup sebab bayi dalam kandungan sedang lalui proses ‘development of organs’ dan kurang nutrisi pada waktu tertentu dalam proses ini akan menjejaskan organ terlibat.

Kredit:petuaibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword