IBU AYAH KENA TAHU SENDAWAKAN BAYI?

IBU AYAH KENA TAHU SENDAWAKAN BAYI?

[IBU AYAH KENA TAHU SENDAWAKAN BAYI. INI 7 PERKARA PENTING UNTUK DIFAHAMI!!]

1️⃣Kenapa Mesti Sendawakan Bayi?
🍄Angin yang sering terperangkap dalam sistem penghadaman perlu dibebaskan untuk melancarkan fungsinya. Angin boleh keluar melalui mulut atau sebagai kentut.
🍄Bayi juga tidak terlepas daripada tertelan sedikit angin tidak kita menyusu badan atau daripada botol. Oleh itu, sendawa dapat melegakan perut bayi agar berasa lebih selesa selepas menyusu.

2️⃣Punca ‘Angin’ Pada Bayi
🍄Memang tidak dapat disangkal penyusuan dengan botol lebih mudah membuatkan bayi masuk ‘angin’. Hal ini kerana dengan menyusu botol, aliran susu lebih cepat dan bayi mudah tertelan angin.
🍄Seperkara lagi, elakkan menggoncang susu botol terlalu kuat kerana perbuatan ini tanpa disedari dapat menambahkan gelembung udara dalam susu.
🍄Selain susu botol, penyusuan badan dapat membuatkan bayi angin apabila payudara ibu terlalu penuh dan sedang mengalami letdown reflex. Jika bayi masih kecil, cuba pamkan dahulu aliran susu yang awal sehingga alirannya tidak terlalu laju. Bayi yang kelaparan dan minum susu dengan cepat juga boleh mengakibatkan angin dalam perut kecilnya.

3️⃣Pemakanan Ibu Menyusu Juga Menyebabkan Bayi Kembung?
🍄Selain cara penyusuan bayi, diet ibu menyusu mungkin dapat menyumbang kepada ‘angin’ dalam perut bayi melalui susu badan. Lebih-lebih lagi kekacang dan sayuran tinggi karbohidrat seperti kubis dan kacang tanah serta minuman berkarbonat. Selain itu, makanan yang selalu menjadi punca alahan kepada bayi apabila dimakan oleh ibu menyusu adalah produk tenusu seperti keju, susu dan aiskrim.
🍄Bayi yang alergi kepada sesetengah pemakanan juga menghasilkan gas yang lebih banyak dalam perut. Oleh itu, ibu perlu mengubahsuai diet seharian supaya sesuai dengan bayi.

4️⃣Waktu Terbaik Sendawakan Bayi
🍄Selalunya bayi akan mula merengek apabila perut mereka terasa kembung. Untuk mengelakkannya, sendawakan bayi sejurus selepas menyusukan bayi. Bagi yang menyusu botol. Adalah dinasihatkan untuk sendawakan bayi selepas menyusukannya sebanyak 2 ke 3 auns (60 ke 90 ml) susu.
🍄Bagi yang menyusu badan, sendawakan anak sebelum beralih ke sebelah payudara lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword