[ Penjagaan Bayi Ketika Demam ]

[ Penjagaan Bayi Ketika Demam ]

[ Penjagaan Bayi Ketika Demam ]

[ Penjagaan Bayi Ketika Demam ]

Bagaimana ibu-ibu boleh melegakan bayi yang demam?
Bertanya dengan pakar pediatrik mengenai pemberian dos acetaminophen atau ibuprofen. Ubat ini biasanya mengurangkan demam sekurang-kurangnya 1 atau dua degree selepas 45 minit atau lebih. Ahli Farmasi atau doktor akan memberikan maklumat dos yang betul untuk diberikan kepada bayi. Perlu diingatkan jangan sesekali beri bayi ibu-ibu ASPIRIN.

Pastikan pakaian bayi sewaktu demam selesa mengikut keadaannya seperti tidak terlalu tebal. Pastikan juga ibu-ibu tidak lupa berikan air kepada anak kerana dehidrasi boleh berlaku ketika demam.

Ibu-ibu jika ingin memberikan keselesaan kepada bayi boleh cuba cara ini:

✅Mandikan bayi dengan air suam
✅Gunakan kipas penyejuk
✅Jangan berikan pakaian tambahan
✅Berikan air secukupnya
✅Periksa semula suhu bayi setelah ibu-ibu dah cuba semua tips di atas. ✅Sambung lihat suhu bayi ibu untuk melihat jika demam berkurangan atau semakin meningkat.

Jika bayi ibu-ibu masih menyusu badan, cuba susukan selalu untuk mengelakkan dehidrasi. Pastikan juga bilik bayi anda dalam keadaan selesa dan sejuk. Gunakan kipas angin untuk mengitar udara di dalam bilik jika suhu bilik terlalu panas.

🧐Bila waktu sesuai untuk berjumpa doktor jika bayi ibu-ibu demam?
Berjumpa pakar pediatrik secepatnya jika bayi ibu-ibu mengalami demam yang diikuti dengan mana-mana gejala berikut:

▶️muntah
▶️diarrhea
▶️keadaan bayi yang tidak dapat dijelaskan
▶️sawan
▶️keadaan bayi yang teruk, susah tidur, atau sangat cerewet (tidak selesa)

Adakah bayi ibu-ibu mengalami demam atau heatstroke?
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, demam boleh dikelirukan dengan heatstroke. Jika bayi ibu-ibu terdedah di tempat panas atau dipakaikan pakaian yang tebal dalam cuaca yang panas dan lembap, kemungkinan heatstroke berlaku. Ia tidak disebabkan oleh jangkitan tetapi kerana faktor cuaca.

Suhu bayi akan meningkat dengan mendadak dalam tahap berbahaya melebihi 105°F (40.5°C). Keadaan ini perlu diturunkan dengan segera.

Caranya mudah je:

lapkan badan bayi dengan air yang sejuk
kipaskan bayi
pindahkan bayi ke tempat yang lebih sejuk
Heatstroke harus dianggap sebagai kecemasan, jadi segeralah berjumpa doktor jika anak anda mengalami heatstroke.

Langkah seterusnya
Demam boleh menakutkan ibu-ibu, tetapi penting untuk diingatkan bahawa ia bukannya masalah. Sentiasalah mengawasi bayi dan ingat bahawa ibu-ibu perlu ”menjaga mereka bukannya demam tersebut”.

Jika bayi kelihatan tidak selesa, lakukan apa yang perlu sedaya upaya ibu-ibu untuk memberi keselesaan kepada mereka. Jika ibu-ibu tidak pasti dengan suhu badan bayi atau kelakuan mereka, jangan ragu-ragu untuk berjumpa doktor.

INFO: Ibu-ibu boleh juga lihat info tentang makanan punca keguguran. Mana tahu ada ibu-ibu yang tak tahu.

Kredit : youbaby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword