Petua Menghilangkan Demam Kuning

Petua Menghilangkan Demam Kuning

Petua Menghilangkan Demam Kuning

  1. Susukan bayi dengan kerap
    Bayi demam kuning akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.
  2. Susu kambing
    Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang kami dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi. Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah saw juga minum susu kambing semasa baginda bayi.
  3. Mandikan bayi dengan air daun inai
    Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.
  4. Perahan anggur hitam
    Petua hilangkan demam kuning yang seterusnya ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ianya membantu.
  5. Pati kurma
    Ibu perlu banyak minum pati kurma. Pati kurma banyak dijual di kedai arab. Caranya, ambil 2 sudu setiap pagi atau jadikan jus untuk diminum pagi & malam sepanjang anak anda terkena demam kuning.
  6. Elakkan makan jamu & herba
    Apabila anak terkena jaundis, para ibu dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jamu & herba seperti lada hitam, kunyit, dan halia kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan jaundis lambat pulih.
  7. Asam jawa & daun kucai
    Ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.
  8. Sengkuang Cina
    Kupas kulit, kisar sehingga lumat. Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukan badan bayi & mengurangkan kuning. Ingat, hanya titiskan ke mulut bayi, bukannya bagi minum sehingga kenyang. Ulang setiap hari sehingga bayi bebas dari demam kuning.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword