[ Tips Melatih Anak-Anak Ke Tandas ]

[ Tips Melatih Anak-Anak Ke Tandas ]

[ Tips Melatih Anak-Anak Ke Tandas ]

[ Tips Melatih Anak-Anak Ke Tandas ]

Melatih anak-anak ke tandas tanpa pampers adalah salah satu perkara yang mencabar dalam melatih perkembangan si kecil. Anda boleh ajar si kecil ke tandas atau dikenali sebagai ‘potty training’ sekurang-kurangnya pada usia dua tahun. Ianya adalah peringkat pertama si kecil mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan mula berdikari.

“Potty training” adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan buat si ibu yang mana anda perlu sentiasa berfikiran positif. Berikut merupakan tips yang boleh diterapkan oleh ibu bapa bagi melatih anak anda ke tandas dan membuang air dengan sendiri.

▶️ Elakkan lakukan latihan ini semasa bercuti
Elakkan lakukan latihan ini jika anda sudah merancang akan pergi bercuti dalam masa terdekat. Perkara ini memerlukan masa untuk mengajar mereka ke tandas sendiri. Untuk pengetahuan anda, sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.

▶️ Sentiasa konsisten
Anda perlu konsisten dan sentiasa bersemangat tinggi dalam melatih anak ke tandas sendiri. Jika anda sendiri tidak konsisten, bagaimana anak anda boleh belajar dengan sendiri? Anda boleh praktikkan ‘say no to diaper’ secara konsisten siang dan malam. Boleh cuba untuk waktu siang sahaja secara perlahan-lahan tidak perlu langsung memakai diaper. Sebagai langkah berjag-jaga, anda boleh membeli tilam pelapik yang kalis air.

▶️ Sediakan peralatan yang betul
Pastikan anda menggunakan peralatan yang betul iaitu membelikan mereka tandas khas untuk kanak-kanak. Tandas dewasa sedikit besar dari si kecil maka agak sukar untuk si kecil membuang dengan selesa. Anda boleh cuba hias tandas itu untuk menarik perhatian mereka untuk membuang di tempat yang betul di tandas.

▶️ Komunikasi dengan kanak-kanak
Ajar mereka untuk memberitahu anda setiap kali hendak ke tandas. Komunikasi sangat penting sebelum ke tandas dan pastikan anak anda tahu fungsi tandas itu yang paling utama.

▶️ Kanak-kanak lelaki
Pastikan si kecil belajar buang air secara duduk atau cangkung. Oleh itu, peranan bapa sangat penting bagi mengajar anak lelaki anda ke tandas. Akan tetapi jika anda ibu tunggal, jangan risau, jika ada abang gunakan abang anda.

▶️ Kanak-kanak perempuan
Mereka lebih cenderung untuk cepat belajar atau meniru orang yang berada di sekeliling mereka. Pastikan anda ajar mereka cara membersihkan dan lap kemaluan dengan cara yang betul. Beritahu mereka kesan jika tidak lap sehingga kering.

▶️ Elakkan minum air sebelum tidur
Pastikan si kecil tidak minum air seperti jus yang terlalu banyak sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan si kecil kencing semasa sedang tidur dan secara tidak langsung perkara ini dapat memastikan si kecil kekal kering sepanjang malam.

▶️ Cuba bagi ganjaran atau hadiah
Anda boleh cuba tips ini, iaitu jika mereka berjaya pergi ke tandas sendiri, mereka akan dapat hadiah. Anda tidak perlu berikan hadiah yang terlalu mahal, cukup sekadar gula-gula atau anda memasak makanan kegemaran mereka. Ini akan memberikan semangat kepada mereka untuk cuba ke tandas sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Perkara yang paling penting adalah ibu bapa tidak membandingkan anak anda dengan anak orang lain. Untuk mendidik anak-anak, anda memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam memberi tunjuk ajar kepada anak anda supaya berdikari. Semoga bermanfaat.

Kredit: theparentstory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword