Petua Naikkan Semula Rahim Jatuh

Petua Naikkan Semula Rahim Jatuh

Petua Naikkan Semula Rahim Jatuh

[15 Petua Naikkan Semula Rahim Jatuh]

1. Senaman kegel
Senaman kegel merupakan senaman menguatkan otot pelvik yang bukan sahaja mampu mengetatkan vagina malah membantu masalah rahim jatuh. Caranya:
* Kosongkan pundi kencing anda
* Anda boleh lakukan senaman ini sambil berdiri, duduk atau berbaring. Pilih posisi yang sesuai untuk anda.
* Jika anda lakukan sambil berdiri, pastikan anda berdiri tegak dengan meluruskan tulang belakang. Pastikan juga bahu anda tegap, tidak jatuh.
* Jika anda melakukan senaman kegel sambil berbaring, cuma baring dengan santai sambil meletakkan lengan dilantai.
* Bernafas seperti biasa. Pastikan anda tidak menahan nafas ketika melakukan senaman kegel.
* Setelah mendapat posisi yang betul, tahan otot pelvis anda sambil mengira 1 hingga 20. Kemudian berehat dengan kiraan 1 hingga 20. Ulang 4 kali bagi setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.
* Jika anda tak dapat bayangkan bagaimana cara untuk menahan otot pelvis, sebenarnya ia adalah seperti anda mengemut untuk menahan air kencing daripada keluar. Kemutan yang anda lakukan ialah menahan otot pelvis.

2. Bertangas
Stim berrherba yang masuk ke dalam peranakan anda akan membantu membetulkan semula kedudukan rahim.

3. Bertungku
* Tungku yang terbaik ialah batu sungai yang bulat, bersaiz sederhana, dan tidak terlalu berat. Jika anda tak dapat cari batu sungai, boleh juga gunakan tungku besi. Elakkan bertungku dengan hot water bag.
* Baring, mulakan bertungku di bahagian perut. Mulakan dari bawah perut iaitu bahagian rahim dengan gerakan menolak peranakan anda ke atas, seolah-olah anda sedang mencungkil. Seelok-eloknya bertungku dua kali sehari selepas mandi pagi dan petang.

4. Berurut atau sengkak rahim
Kebiasaannya, sengkak rahim dilakukan selepas bersalin atau keguguran. Namun ianya boleh juga dilakukan untuk membetulkan rahim yang jatuh dari kedudukan asal.

5. Berurut sendiri
* Baring di atas katil, rapatkan diri ke dinding.
* Sapu minyak panas atau minyak aromaterapi ke perut.
* Angkat kaki dan sandarkan ke dinding secara perlahan-lahan. Sambil mengangkat kaki, tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke arah pusat.
* Dengan lembut, urut dari perut dari bawah iaitu ari-ari dan bawa naik ke pusat.
* Kalau anda berasa sakit, berhenti dahulu. Berehat lebih kurang lima minit sebelum mula urut semula dengan lembut.
* Urut selama 30 minit.
* Ulang setiap hari sehingga rahim anda tidak terasa jatuh lagi.

6. Jamu dan makjun
Pengambilan jamu dan makjun juga boleh membantu mengatasi masalah rahim jatuh. Pastikan anda beli jamu yang mempunyai kelulusan KKM, elakkan jamu homemade melainkan buatan anda sendiri.

7. Air rebusan akar kayu
Minum air rebusan akar kayu 2 kali sehari sehingga masalah rahim jatuh anda tiada lagi.

8. Nenas batu
Ia juga membantu membetulkan semula kedudukan rahim jatuh. Rebus nenas batu sehingga mendidih. Minum secawan air rebusan pada waktu pagi dan malam.

9. Elakkan hubungan seks buat sementara waktu
Elakkan daripada bersama suami buat sementara waktu bagi mengelakkan masalah anda menjadi semakin parah.

10. Pakai stokin kaki
Pastikan anda memakai stokin kaki sentiasa seperti ibu dalam pantang. Tujuannya ialah bagi mengelakkan angin dari kipas atau penghawa dingin masuk ke kaki anda.

11. Jangan berdiri terlalu lama
Elakkan berdiri terlalu lama kerana ia akan menyebabkan masalah rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin serius. Ambil peluang untuk duduk setiap kali berkesempatan.

12. Jangan angkat berat
Mengangkat berat juga akan menyebabkan masalah anda menjadi semakin serius. Elakkan mengangkat berat.

13. Jangan minum ais
Ais adalah musuh utama yang wajib anda elakkan sepanjang mengalami masalah rahim jatuh. Ia akan menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang, lalu menyebabkan rahim semakin jatuh.

14. Jangan meneran semasa membuang air besar
Meneran akan menyebabkan rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin parah. Sekiranya anda mengalami sembelit, dapatkan ubat untuk mengatasinya secepat mungkin.

15. Memakai bengkung
Selain menguruskan badan, bengkung juga membantu membetulkan kedudukan rahim supaya kembali ke tempat asal. Cuma pastikan anda tidak memakai dengan terlalu ketat. Seeloknya bertungku dahulu sebelum berbengkung. Elakkan daripada memakai korset.

Kredit : bidadari.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword