Sembelit Ketika Hamil

Sembelit Ketika Hamil

Sembelit Ketika Hamil

Punca-Punca Sembelit semasa Kehamilan :

  1. Perubahan Hormon
    Semasa mengandung, hormon seperti progesteron akan meningkat dan mengurangkan kadar hormon motilin iaitu hormon yang membantu mengawal saluran pencernaan. Perubahan hormon ini menyebabkan otot di usus berubah menjadi keadaan berehat dan sisa makanan di dalam usus bergerak pelahan. Situasi ini membolehkan lebih banyak penyerapan nutrien berlaku tetapi juga boleh menyebabkan perut tidak selesa.
  2. Suplemen Tambahan
    Suplemen prenatal seperti zat besi dapat memberikan vitamin dan mineral tambahan untuk menyokong pertumbuhan bayi, tetapi peningkatan zat-zat seperti zat besi dan kalsium cenderung menyebabkan sembelit semasa kehamilan.
  3. Jangan makan terlalu banyak pada waktu makan.
    Saiz hidangan yang besar atau makan banyak semasa waktu makan boleh menambahkan beban terhadap saluran penghadaman. Cuba makan enam mini-saiz hidangan makanan sehari berbanding tiga saiz hidangan yang besar Ini juga membantu perut anda kurang angin dan kurang kembung.
  4. Kurangnya aktiviti fizikal
    Kajian menunjukkan bahawa kurangnya pegerakan fizikal boleh melambatkan kekerapan pergerakan usus kita. Morning sickness dan merasa letih semasa mengandung menyebabkan ibu-ibu kurang aktif secara fizikal dan ini memudahkan sembelit berlaku.
  5. Perubahan diet
    Sama ada disebabkan morning sickness atau mengidam makanan yang jarang dimakan, perubahan diet mungkin berlaku terhadap ibu mengandung. Perubahan diet secara tiba-tiba ditambah dengan makanan yang kurang fiber atau serat akan mengundang sembelit kepada ibu mengandung.
  6. Tumbesaran bayi
    Apabila bayi semakin membesar, tekanan dalam usus akan bertambah dan boleh melambatkan pencernaan makanan. Pergerakan otot di dalam usus akan menjadi sukar dan meyebabkan sisa makanan juga akan bergerak perlahan semasa melalui usus besar.
  7. Emosi
    Emosi menjejaskan kesihatan anda semasa kehamilan. Terlalu banyak merasa resah dan bimbang boleh menyebabkan sembelit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword