[Tekstur makanan mengikut umur si bayi]

[Tekstur makanan mengikut umur si bayi]

[Tekstur makanan mengikut umur si bayi]

[Tekstur makanan mengikut umur si bayi]

🌸6-7 Bulan: puri, cair dan dikisar halus
– baby belajar merasa makanan dan telan

– sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan

– transition dari susu ke makanan pelengkap

– jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup

– tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.

🌸7-8 Bulan : lenyek, kisar kasar
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut

– lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby β€˜rasa’

– sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan

– transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan

– kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan

🌸8-10 Bulan : cincang kasar
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan

– melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah

– makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan

– kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan

– dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan

🌸10 -12 Bulan : potongan kecil atau kiub kecil
– bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut

– anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi

– kuantiti 5 – 7 sudu besar

– memberi β€˜fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen

12 Bulan ke atas
– Sama seperti makanan dewasa

– anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri

– jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita

– sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Hi, Boleh Kami bantu?
Powered by

Enter your keyword